Biodata Sultan Muhammad Al-Fateh
.jpg)
Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 27 Rejab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M.
Ketika berumur 19 tahun, baginda menaiki takhta mengantikan ayahnda Sultan Murad. Dan Ketika baginda Berusia 21 tahun, Sultan Muhammad Al-fateh berjaya menakluki Konstantinopel pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 Jamadil Awal 857 Hijrah.
Umat Islam berusaha menawan Kota Konstantinopel kerana percaya dengan hadis Rasulullah
SAW yang mengatakan Konstantinopel ditawan oleh orang Islam. Selepas lebih 800 tahun hadis ini diucapkan barulah ianya menjadi kenyataan.
Sultan Muhammad Al-Fateh sejak di dalam buaian lagi sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah orang alim. Syeikh Shamsuddin al- Wali pernah berkata kepada Sultan Murad (ayahnda Sultan Muhammad Al-fateh) "Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan Kota Konstantinopel, tetapi anak yang di dalam buaian itu," sambil menunjuk kepada Sultan Muhammad Al-Fateh.
Sultan Muhammad Al-Fateh hidup secara sederhana, dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan. Membesar sebagai pemuda tampan, tegap,kuat dan tinggi. Baginda sangat arif dengan tipu helah musuh. Pernah Maharaja Konstantinopel menawar guru-guru tebaik untuk mengajar baginda tentang adab-adab kehidupan Raja-raja, tetapi baginda menolaknya.
Ketika baginda membuat benteng Rumeli (benteng orang-orang Rom), baginda sendiri membuka serban dan bajunya mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut serta.
Sultan Muhammad Al-Fateh menukar nama Konstantinopel kepadaIstanbul lalu menjadikan ibu kotanya. Kemudian baginda menaklukiSerbia 1460 dan Bosnia 1462. Seterusnya baginda berjaya menakluki Italia, Hungray dan Jerman.Ketika zaman kegemilannya, baginda berjaya menakluki 25 buah negeri. Baginda Mangkat ketika ingin menakluki Rhodesia kerana diracun oleh seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa.
Sultan Muhammad Al-fateh mangkat pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun.
No comments:
Post a Comment